Sejak setahun dua yang lalu, Netflix dilihat telah mencuba untuk mengembangkan katalog siri televisyen dan anime mereka secara agresif dengan mengumumkan kerjasama bersama-sama beberapa studio anime dari Jepun seperti Production IG, WIT Studio dan BONES.

Terkini, Netflix telah mengumumkan bahawa mereka akan bekerjasama dengan empat lagi studio anime yang cukup terkenal, termasuklah Studio Mir (Avatar: The Legend of Korra, Voltron: Legendary Defender), Science SARU (Japan Sinks: 2020, Keep Your Hands Off Eizouken!) MAPPA (Ushio & Tora, Yuri! On Ice) dan NAZ (ID: Invaded, Infinite Dendogram).

Kerjasama ini mungkin bukan sahaja untuk membolehkan Netflix menerima kandungan siri-siri anime yang dikeluarkan oleh studio-studio yang terlibat, tetapi memudahkan lagi kebolehan syarikat-syarikat ini untuk bekerjasama membangunkan anime eksklusif untuk perkhidmatan penstriman video tersebut.

Sebelum ini, Netflix telahpun memperlihatkan anime mereka sendiri seperti Ultraman, Dragon’s Dogma dan sebagainya dengan bantuan studio-studio ini. Dengan pengumuman kerjasama baru ini, nampaknya kita akan memperlihatkan lebih banyak lagi siri anime daripada Netflix selepas ini.

Sohor Kini