Skip to main content

Episod Crisis on Infinite Earths dalam Arrowverse adalah episod rentas-siri di mana semua siri TV DC di bawah The CW digabungkan. Ia seakan Avengers Endgame tetapi untuk watak-watak TV DC. Selepas episod ini tamat, The CW teruskan setiap siri TV dengan musim masing-masing dan menghabiskan episod masing-masing.

Kemudian, The CW ingin kembangkan lagi dunia Arrowverse dengan menambah lagi siri TV lain seperti Superman and Lois, siri TV memfokuskan watak Painkiller dari Black Lightning, Batwoman dan banyak lagi. Dengan siri TV Supergirl yang akan tamat selepas musim keenam, Arrow yang sudah tamat dan masih tiada khabar mengenai siri sampingan CanariesThe CW kini mengumumkan yang mereka akan hadir dengan siri TV DC baharu – Naomi.

Naomi adalah watak dari komik baharu DC yang diterbitkan pada tahun 2019. Nama penuh beliau adalah Naomi McDuffie, dan beliau mempunyai kuasa luar biasa yang sangat kuat berasaskan tenaga. Kuasa beliau boleh dikatakan seakan Captain Marvel dalam Marvel. Naomi lahir di dunia lain dan bukan di dunia utama (Earth-Prime). Beliau di hantar ke bumi/dunia utama selepas dunia beliau musnah akibat lapisan ozon yang musnah dan tercemar dengan radiasi yang tidak diketahui.

Musuh utama beliau adalah Zumbado yang mana turut mempunyai kuasa sama dengan beliau. Semasa bumi tercemar dengan sejenis radiasi ini, seramai 29 orang memperoleh kuasa luar biasa. Mereka berpecah menjadi dua bahagian baik dan dan jahat. Lama kelamaan, ramai yang mati dan ada yang larikan diri. Dalam komik, Naomi turut berganding bahu bersama Batman, Superman dan Dr. Ray Palmer.

Disebabkan siri TV ini adalah The CW dan berada dalam dunia Arrowverse, Superman yang akan fokus pada siri TV Superman and Lois dan Dr. Ray Palmer dalam Legends of Tomorrow – tidak terkejut jika Naomi akan muncul dalam salah satu siri TV ini seperti Batwoman diperkenalkan. Memandangkan Batman sudah hilang dalam dunia ini, jadi tidak ada masalah untuk meneruskan kisah Naomi.

Siri TV akan fokus sepenuhnya pada kisah Naomi dan berkemungkinan besar watak Akira akan membantu serta Zumbado sebagai penjahat. Disebabkan komik Naomi pun masih dalam satu musim – tidak pasti bagaimanakah The CW akan adaptasi menjadi aksi nyata. Siri TV ini akan dihasilkan oleh Array Filmworks (syarikat produksi Ava DuVernay) dan Warner Bros.. Manakala Ava DuVernay (pengarah A Wrinkle in Time), Jill Blankenship (penerbit siri TV Arrow), Sarah Bremner (penerbit filem Bright dan Death Note – Netflix) dan Paul Garnes (penerbit siri TV Cloak & Dagger – Marvel/Hulu) akan menjadi penerbit eksekutif.

Leave a Reply