Jordan Calloway adalah pelakon yang memainkan watak Khalil Payne. Disebabkan masalah peribadi yang berlaku di masa silam, beliau telah menjadi pembunuh uang digelar sebagai Painkiller. Selepas dibunuh oleh Tobias Whale, Painkiller dihidupkan semula oleh Agent Odell untuk menjadi ejen rahsia ASA.

Terkini menurut Variety, The CW akan hadir dengan siri TV sampingan “Black Lightning” yang memfokuskan kepada watak Painkiller. Episod pertama siri TV “Painkiller” ini akan disertakan sekali dalam musim keempat Black Lightning pada tahun hadapan. Episod pertama ini, atau episod pilot akan ditulis, diarahkan dan diterbit sendiri oleh Salim Akil.

Bagi yang berminat dengan siri ini, sama-sama kita nantikan perkembangan lanjut.

Sohor Kini