Salah satu siri TV Arrowverse baharu untuk tahun 2021 adalah Superman & Lois. Ia adalah satu siri TV seakan Smallvile yang memfokuskan wtatak Superman/Clark Kent dan juga isteri beliau Lois Lane. Siri TV ini akan mengisahkan bagaimana seorang adiwira yang kini adalah bapa kepada dua orang anak – bagaimana mereka perlu menjaga anak-anak ini sambil memastikan dunia selamat dari pelbagai ancaman.

https://youtu.be/rP7c3UFv_Yk

Terkini, buat pertama kalinya sedikit sedutan dari siri TV ini dipertontonkan. Dalam video promosi untuk siri-siri TV Arrowverse akan datang di saluran The CW, ia memperlihatkan beberapa kejayaan Superman menumpaskan penjenayah dalam episod Arrowverse lain serta Lois membuat panggilan telefon kepada Superman seakan anak mereka terlibat dalam satu masalah.

Klip ini turut memperlihatkan siri TV Stargirl disertakan sekali. Ia seakan memberi petanda yang Stargirl ada kaitan rapat dengan Arrowverse, sedangkan Arrow dalam siri TV ini adalah berbeza. Judul video promosi ini juga adalah The CWverse – yang mana siri TV Black Lightning dan Stargirl yang sebelum ini tiada kaitan boleh berkait antara satu sama lain kerana IP siri TV DC ini adalah milik The CW.

Sohor Kini