Seperti yang semua sedia maklum, Ruby Rose telah menarik diri dari siri TV Batwoman sebagai Kate Kane/Batwoman. Beliau telah digantikan dengan pelakon Javicia Leslie, yang memainkan watak ciptaan Ryan Wilder yang mana juga merupakan Batwoman baharu.

Watak Kate Kane disahkan tidak akan dimatikan dan kehilangan watak beliau akan dijadikan misteri. Episod pertama musim kedua sudah pun disiarkan di Amerika Syarikat, di mana anda boleh muat turun aplikasi CW secara APK atau guna akaun USA di iOS untuk muat turun dan gunakan VPN USA untuk menstrim. Episod pertama ini mempertontonkan bagaimana watak Kate Kane hilang.

Sedang Ryan berehat, beliau saksikan kapal terbang terhempas. Di kawasan kejadian beliau telah menemui kostum Batwoman, yang mana mengubah diri beliau daripada penjahat jalanan kepada seorang wirawati. Kapal terbang yang terhempas tadi dilaporkan dalam berita di Gotham, salah seorang penumpang adalah Kate Kane, tetapi mayat beliau tidak diketemui.

Tujuan Kate Kane menaiki kapal terbang adalah untuk berbincang dengan Kara Danvers mengenai kryptonite di dalam pegangan beliau yang diambil dari Luke Fox. Selain itu, watak Sophie Moore lakonan Meagan Tandy yang menjadi bekas kekasih Kate mendakwa kapal terbang itu diserang oleh Safiyah Sohail lakonan Shivani Ghai kerana cemburu dengan hubungan Kate dan Julia Pennyworth lakonan Christina Ulfsparre.

Alice juga keliru dengan kes kehilangan Kate Kane ini, kerana beliau sentiasa berdendam dan telah merancang pelbagai perkara untuk menjatuhkan Kate Kane/Batoman. Kemudian beliau menerima nota dari Safiyah yang menyatakan mereka telah seri. Menimbulkan persoalan, adakah Kate Kane akan kembali? Di manakah Kate Kane hilang?

Dalam video acah episod kedua, latar belakang Ryan Wilder dijelaskan lagi. Jadi, adakah musim kedua ini titik permulaan baik untuk siri TV Arrowverse tahun 2021? nantikan kesudahannya kelak.

Sohor Kini