17 filem tahun 2021 dari Warner Bros. akan disiarkan di HBO Max serentak dengan tarikh tayangan di pawagam. Tetapi, penstriman ini terhad selama satu bulan sahaja – selepas ini kembali eksklusif di pawagam. Disebabkan perkara ini, ramai pengarah, penerbit tidak gemar dengan keputusan ini. Antara sebab yang tidak bersetuju adalah, selepas pelbagai usaha dan kerja keras, pasti pencipta filem inginkan hasil mereka ditayangkan di pawagam. Bukannya secara digital yang mana kemudian orang ramai boleh torrent atau muat turun haram.

Legendary ingin saman Warner Bros. atas hal ini. Disebabkan hal ini juga, Sony menerima pelbagai faedah. Ramai pencipta filem dari Hollywood pergi ke Sony, kerana Sony sahaja yang masih sanggup tayangkan filem di pawagam. Ini disebabkan Sony tidak mempunyai sebarang platform penstriman, jadi mereka boleh fokus kepada pawagam. NBCUniversal, Disney/Marvel/Fox, Warner Bros. semuanya fokus pada penstriman.

Tetapi menurut Sony, mereka akan mengubah cara pengedaran filem. Filem-filem Sony hanya akan eksklusif di pawagam selama sebulan sahaja, kemudian bergantung kepada prestasi kutipan – ia akan ditawarkan di platform pesntriman atau kekal eksklusif di pawagam. Sony juga tiada masalah dengan menjual filem mereka ke platform penstriman, cuma sama ada sesuatu syarikat sanggup membayar ataupun tidak.

Filem Greyhound dari Sony, lakonan Tom Hanks asalnya dijadualkan untuk tayangan di pawagam. Tetapi Apple bersetuju dengan Sony untuk mebayar $70 juta ke atas lesen hak penstriman. Jadi tidak terkejut jika di masa hadapan, banyak filem Sony sahaja akan berada di pawagam. Sedar dengan hal ini, Sony gembira keputusan yang Warner Bros. lakukan.

Dalam temubual yang sama, Sony turut sedang membangunkan serta merancang untuk menerbitkan 3 filem serta 7 siri TV berdasarkan IP permainan video PlayStation. Jadi tidak terkejut jika akan ada pengarah, penulis, penerbit hebat akan bekerjasama dengan Sony dan mana-mana wakil Warner tidak akan terlibat.

Sohor Kini