Pengerusi Sony Pictures iaitu Tony Vinciquerra melalui temubual bersama dengan CNBC mengatakan yang Sony mempunyai program dalaman yang dikatakan sebagai ‘One Sony’ untuk mempertingkatkan kerjasama di antara setiap bahagian di dalam Sony.

Ini termasuk jugalah di antara Sony Pictures dan Sony Interactive Entertainemnt. Beliau mengatakan buat masa ini, mereka sedang membangunkan serta merancang untuk menerbitkan 3 filem serta 7 siri TV berdasarkan IP permainan PlayStation.

Seperti kita sedia maklum, sudah disahkan yang siri TV The Last of Us sedang dibangunkan oleh HBO manakala satu lagi permainan oleh Naughty Dog iaitu Uncharted akan menerima filem prekuel.

Ketika temubual yang sama, beliau juga mengatakan yang Sony Pictures tidak akan mengikut jejak Warner Bros untuk mengeluarkan filem mereka di pawagam dan platform penstriman secara serentak. Sebaliknya, mengatakan jangka masa filem mereka dikeluarkan di pawagam dan ditawarkan di platform penstriman mungkin dipendekkan.

Sohor Kini