Pelbagai ura-ura mengenai filem ketiga Spider-Man dari Sony dan Disney/Marvel Studios. Antara yang orang ramai tidak sabar adalah gandingan bahu ketiga-tiga pelakon Spider-Man iaitu Toby Maguire, Andrew Garfield dan Tom Holland.

Filem ini turut akan menyertakan Dr. Strange yang akan memainkan peranan penting, Doc Ock turut akan kembali dan Alfred Molina kekal sebagai pelakon, begitu juga dengan Jamie Foxx yang akan kembali sebagai Electro. Turut kedengaran yang Willem Dafoe dan Thomas Haden Church akan kembali sebagai Green Goblin dan Sandman. Kita sudah pun berada di bulan Disember, yang mana bulan ini biasanya video acah Spider-Man akan diperlihatkan. Spider-Man: Homecoming dan Spider-Man: Far From Home kedua-duanya video acah tiba bulan Disember sebelum tayangan filem bermula pada suku ketiga tahun hadapan.

Ada sebab kenapa video acah masih tidak keluar. Ura-ura menyatakan yang Sony masih berusaha untuk mendapatkan Toby Maguire kembali beraksi dalam filem ini. Sony dikatakan tidak akan keluarkan video acah atau sebarang pengumuman selagi Toby tidak berada di dalam tangan. Berita ini diterima dari Daniel Richtman melalui CBR.

Harapnya kita boleh saksikan juga video acah pada bulan ini, atau tidak selewat-lewatnya Januari ini. Sama-sama kita nantikan.

Sohor Kini