Setelah Marvel dan Sony akhirnya menyelesaikan kemelut tentang penyambungan filem Spider-Man: Far From Home, kedua-dua syarikat ini nampaknya akan cuba untuk menjadikan filem ketiga didalam siri Spider-Man MCU ini sesuatu yang boleh dikatakan agak epik.

Collider baru-baru ini mengesahkan bahawa sejumlah pelakon siri filem Spider-Man sebelum ini akan kembali melakonkan watak masing-masing didalam filem Spider-Man terbaru, yang dibintangi Tom Holland.

Satu nama yang sering dipetik sebelum ini ialah Jamie Foxx, yang akan melakonkan semula watak Electro didalam filem Amazing Spider-Man lakonan Andrew Garfield.

Bercakap mengenai Andrew Garfield, beliau juga akan kembali memainkan watak Peter Parker yang dipegangnya sebelum ini. Ini membuahkan beberapa spekulasi menarik mengenai jalan cerita filem Spider-Man 3 selepas identiti Peter Parker lakonan Tom Holland telah dibongkar oleh Mysterio pada penghujung filem Spider-Man: Far From Home.

Jika dua watak Peter Parker mengelirukan anda, Toby Maguire, pelakon watak Peter Parker didalam siri filem Spider-Man keluaran Sony Pictures pertama arahan Sam Raimi juga dilaporkan berkemungkinan akan kembali memainkan watak yang sama.

Seorang lagi pelakon yang dilaporkan akan kembali ke francais filem Spider-Man ialah Alfred Molina yang akan memainkan semula watak Otto Octavius ataupun Doctor Octopus didalam filem Spider-Man yang dibintangi Toby Maguire tersebut.

Menariknya, ini boleh dikatakan sebagai satu sambungan kepada penghujung filem Spider-Man: Far From Home kerana J.K. Simmons dilihat kembali mengambil watak J. Jonah Jameson didalam filem tersebut.

Sony dan Marvel dilihat mahu memanggil semula ramai pelakon-pelakon siri filem Spider-Man sebelum ini, dan pada pandangan awal, nampaknya filem ketiga Amazing Spider-Man akan menjadi sebuah filem yang penuh dengan easter egg yang sangat banyak sekali.

Sohor Kini