Spider-Man 3 (judul penuh masih belum diketahui) adalah sekuel kepada francais filem Spider-Man, lakonan Tom Holland. Filem ini adalah filem dalam dunia MCU dan juga Sony Pictures Universe of Marvel Characters. Filem ini akan dihasilkan oleh Disney/Marvel dan juga Sony.
Terkini menurut The Hollywood Reporter, Benedict Cumberbatch akan memainkan peranan utama dalam filem ini. Kali ini Dr. Strange pula akan menjadi mentor kepada Peter Parker/Spider-Man, bagi menggantikan Tony Stark/Iron Man. Kedua-dua filem ini dilaporkan akan memulakan penggambaran pada bulan ini. Tetapi masing-masing di lokasi tersendiri. Jadi tidak pasti bagaimana mereka akan bertemu.
Jamie Foxx akan kembali sebagai Electro dalam filem ini, yang mana kembali sekali lagi selepas filem The Amazing Spider-Man 2. Tetapi menurut Jamie Foxx, beliau tidak akan berwarna biru. Mungkin satu tragedi akan berlaku yang menyebabkan multi-verse bercelaru, jadi Electro dari dunia lain telah muncul.
Kami dapat rasakan yang filem Spider-Man 3 ini adalah satu filem yang gempak. Manakala filem Dr. Strange: Multiverse of Madness akan menjadi filem besar MCU fasa empat (mungkin). Apa-apa pun, sama-sama kita nantikan.