Skip to main content

Pada Mac lepas, HBO telah berkongsi yang mereka akan memulakan proses awal untuk menerbitkan siri aksi nyata The Last of Us. Hari ini, mereka mengumumkan telah menempah untuk musim penuh untuk siri tersebut, tetapi tidak diumumkan jumlah episod.

Siri ini akan diselia oleh Francesca Orsi (Naib Presiden, Perancangan HBO), Craig Mazin (Chernobyl), Neil Druckmann (Naughty Dogs), Evan Wells (Naughty Dogs), Caraolyn Strauss (Game of Thrones), Asad Qizilbash (PlayStation Production) dan Carter Swan.

Ia akan ditulis oleh Craig Mazin dan Neil Druckmann dan akan diterbitkan oleh Sony Pictures Television, PlayStation Productions, Word Games dan Naughty Dog Produce.

Buat masa ini masih tiada pengumuman mengenai senarai pelakon, Johan Renck yang dikatakan sepatutnya menjadi pengarah juga tidak lagi terlibat kerana masalah penjadualan. Seperti diumumkan sebelum ini, ia akan memfokuskan kepada kejadian di dalam permainan pertama dan mungkin sedikit menyertakan kejadian di dalam permainan kedua.

Leave a Reply