Pasaran pawagam tempatan menunjukkan prestasi baik untuk pertengahan tahun 2026 dengan jumlah kutipan keseluruhan tiket kini mencecah RM107 Juta. Data rasmi terbaharu oleh FINAS sehingga 10 Julai 2026 mendedahkan kelompok filem yang mendominasi panggung berdasarkan prestasi jualan tiket masing-masing.

Filem aksi terbitan Alpha47 Films Sdn. Bhd., Tarung: Unforgiven, menerajui carta dengan kutipan tertinggi setakat ini, meraih RM23,583,750.86 dalam tempoh 63 hari tayangan. Tempat kedua disandang oleh filem seram Polong dengan kutipan RM14,984,551.50, diikuti rapat oleh Libang Libu yang berjaya mengutip RM14,155,968.16.
Senarai Rasmi Kutipan Tertinggi 2026
Berikut adalah kedudukan 10 filem tempatan yang mencatatkan jualan tiket tertinggi bagi pertengahan tahun 2026:
| Kedudukan | Judul Filem | Pengeluar | Jualan Tiket (RM) |
| 1 | Tarung: Unforgiven | Alpha47 Films Sdn. Bhd. | 23,583,750.86 |
| 2 | Polong | Golden Star Pictures Sdn Bhd | 14,984,551.50 |
| 3 | Libang Libu | Tengerine Film Sdn Bhd | 14,155,968.16 |
| 4 | Malaikat Malam | Viper Studio | 12,225,903.07 |
| 5 | Ah Beng vs Liang Po Po | ATF Group Sdn Bhd | 10,039,826.10 |
| 6 | I’m Not Gangster | Dissy Definition Film Sdn Bhd | 7,120,506.72 |
| 7 | Khadam | Red Communications Sdn Bhd Filmscape Bhd | 4,898,258.18 |
| 8 | Kong Tao | Mega Films Distribution Sdn Bhd | 4,293,013.88 |
| 9 | Mama, Not Again! | 555 Film Sdn Bhd | 4,201,481.35 |
| 10 | Gayong 2 | Sol Pictures Sdn Bhd | 3,261,992.63 |
Lima filem teratas dalam carta telah pun berjaya melepasi angka penanda aras RM10 juta, membuktikan daya tarikan komersial yang kuat bagi sektor perfileman tempatan sepanjang separuh pertama tahun ini akan tetapi perbezaan kutipan di antara lima teratas dan yang lain masih jauh memperlihatkan kutipan masih tertumpu kepada filem-filem popular.
Mengikut pemerhatian kami, hanya filem Khadam dan Polong yang masih lagi ditayangkan di pawagam ketika ini dengan jumlah skrin yang terhad, oleh itu kutipan masih lagi boleh bertambah tetapi bukan dengan jumlah yang besar.


