Skip to main content

Melalui kenyataan rasmi akaun Twitter filem aksi-nyata Uncharted, mereka mengumumkan yang mana rakaman filem tersebut kini sudah pun tamat dan ia akan ke sesi pasca-produksi.

Setelah beberapa tahun filem ini dirancang dengan penukaran pengarah beberapa kali, filem ini akhirnya akan menjadi kenyataan di bawah arahan Ruben Fleischer iaitu pengarah untuk filem Zombieland dan Venom.

Filem ini juga dibintangi oleh Tom Holland sebagai Nathan Drake, Mark Wahlberg sebagai Victor Sullivan bersama beberapa pelakon terkemuka seperti Antonio Banderas, Sophia Taylor Ali dan Tati Gabrielle.

Sebelum ini, Tom Holland juga berkongsi wajah pertama beliau sebagai Nathan Drake melalui akaun Twitter rasmi beliau dan juga Mark Wahlberg berkongsi pakaian Victor Sullivan, yang mengingatkan kami akan saat Sully bertemu Nate di dalam permainan Uncharted 3.

Filem Uncharted dijadualkan untuk tiba di pawagam pada 16 Julai 2021 ini.

Leave a Reply