Skip to main content

Mad Max: Fury Road adalah sebuah filem aksi, pengembaraan dan sains fiksyen yang menarik. Filem ini dibintangi oleh Tom Hardy dan Charlize Theron dan masing-masing mempunyai prestasi lakonan yang hebat sekali. Filem ini ditayangkan pada tahun 2015 dan selepas lima tahun, barulah kedengaran sesuatu yang baru mengenai Mad Max. Filem sampingan yang memfokuskan watak Furiosa akan dihasilkan dan ia adalah filem prekuel kepada Mad Max: Fury Road.

Apa yang menarik dengan filem “Furiosa” ini adalah, Anya Taylor-Joy adalah pelakon utama yang akan memainkan watak Furiosa ketika muda. Beliau pernah berkongsi, yang watak Furiosa ini akan dibawakan dengan arah yang berbeza dari versi Charlize Theron. Terkini, laporan dari CinemaBlend menyatakan yang Warner Bros. ingin menayangkan filem ini pada 23 Jun 2023. Chris Hemsworth (Thor) dan Yahya Abdul-Mateen II (Watchmen) turut akan membintangi filem ini, tetapi watak mereka masih belum didedahkan.

PARIS, FRANCE – MARCH 03: Anya Taylor-Joy attends the Miu Miu show as part of the Paris Fashion Week Womenswear Fall/Winter 2020/2021 on March 03, 2020 in Paris, France. (Photo by Jacopo Raule/Getty Images)

Filem yang diarahkan oleh George Miller ini mengambil masa sedikit lama kerana ramai bintang-bintang dalam filem ini sibuk. Chris Hemsworth sibuk dengan penggambaran Thor: Love and Thunder, filem biografi Hulk Hogan dan filem sekuel Extraction. Anya Taylor-Joy pula sibuk dengan filem The Northman dan yang paling penting, pengarahnya sendiri turut sedang sibuk dengan filem lain – iaitu Three Thousand Years of Longing yang dibintangi Tilda Swinton dan Idris Elba yang sedang mengejar tarikh tayangan September 2021.

Bagi yang berminat dengan filem ini, sama-sama kita nantikan.

Leave a Reply