Skip to main content

CD Projekt Red hari ini mengumumkan kemaskini 1.05 untuk permainan Cyberpunk 2077 di konsol PlayStation dan Xbox dilancarkan secara rasmi. Namun bagi pemain di PC, kemaskini 1.05 akan dilancarkan kemudian.

Kemaskini bersaiz 17.5GB tersebut menjanjikan pelbagai pembaik-pulih sebahagian pepijat seperti masalah watak yang hilang, masalah dialog berulangan dan termasuklah masalah permainan rosak.

Meskipun begitu, ini tidak bermakna permainan tersebut akan terus boleh dimainkan di mana seperti yang CD Projekt Red janji sebelum ini, akan terdapat pelbagai lagi kemaskini permainan menjelang bulan hadapan.

Selain itu, bagi anda yang tidak ingin terus bermain permainan ini, Microsoft dan Sony juga menawarkan servis pembayaran semula permainan ini di mana informasi lanjut boleh di baca melalui artikel ini.

Cyberpunk 2077 merupakan permainan RPG dunia terbuka seterusnya oleh pembangun siri The Witcher iaitu CD Projekt Red di mana ia dilancarkan secara rasmi pada awal Disember ini di konsol PlayStation 4, Xbox One dan juga PC.

Sejak ia dilancarkan, ia menerima pelbagai kritikan berkenaan prestasi permainan yang agak teruk dengan pelbagai masalah pepijat. Anda juga boleh membaca pendapat salah seorang penulis kami berkenaan masalah permainan Cyberpunk 2077 di bawah.

Bacaan Lanjut: Cyberpunk 2077: Di Mana Silapnya?

Leave a Reply