Kemaskini 2: Microsoft turut menawarkan pembayaran semula Cyberpunk 2077 melalui pembelian di Microsoft Store.

Kemaskini: CD Projekt Red mengumumkan yang pemain yang memilih untuk tidak menerima bayaran balik akan terus menerima kemaskini apabila ia tiba kelak.


Dalam satu keputusan yang mengejutkan hari ini, Sony telah mengumumkan yang mereka tidak lagi menyenaraikan Cyberpunk 2077 di PSN Store, dan pemain yang memilikinya boleh akan ditawarkan untuk bayaran balik penuh jika mereka inginkannya.

Ini adalah lanjutan daripada masalah prestasi permainan oleh CD Projekt Red tersebut di konsol PlayStation 4. Cara untuk meminta bayaran balik sepatunya melalui pautan ini, akan tetapi ia tidak boleh di akses semasa percubaan kami. Sony mungkin juga akan menghubungi pemain yang memilikinya untuk mengesahkan jika pemain ingin meminta pembayaran balik.

Jika anda sudah membeli dan tidak berhajat untuk meminta bayaran balik, permainan tersebut masih lagi boleh dimuat turun, tetapi berkemungkinan tidak akan menerima sebarang kemaskini sehinggalah ia ditawarkan semula di PSN Store.

Masalah prestasi juga berlaku di Xbox One, buat masa ini Microsoft tidak mengumumkan langkah yang sama. Namun, polisi pembayaran balik Microsoft adalah lebih mudah berbanding PlayStation.

Bacaan Lanjut: Cyberpunk 2077: Di Mana Silapnya?

Sohor Kini