Skip to main content

CD Projekt Red melalui akaun Twitter rasmi permainan Cyberpunk 2077 telah meminta maaf kepada pemain kerana tidak memperlihatkan prestasi di konsol PS4 dan Xbox One S sebelum ia dikeluarkan. Secara langsungnya membuatkan pemain kecewa dengan prestasinya selepas mencubanya secara sendiri.

Mereka juga berjanji akan terus menambah-baik permainan tersebut di semua platform, di mana kemaskini 1.04 sudah dilancarkan, kemaskini seterusnya akan tiba dalam masa seminggu lagi.

Kemaskini utama iaitu Patch #1 akan tiba bulan Januari 2020, manakala Patch #2 akan tiba pada Februari 2020. Menurut mereka, selepas kemaskini ini, ia akan menjadi jauh lebih baik di PS4 dan Xbox One S. Kemaskini ini juga akan mempertingkatkan kualiti di platform-platform lain.

Namun, bagi pemain yang tidak ingin menunggu kemaskini tersebut, boleh meminta pembayaran balik. Bagi pembeli versi digital di PS4 atau Xbox One S, boleh memintanya melalui PS Store dan Xbox Store. Bagi yang membeli secara fizikal anda boleh hubungi cuba meminta dari kedai, jika tidak boleh, anda boleh hubungi CD Projekt Red sebelum 21 Disember 2020.

Leave a Reply