Skip to main content

Filem Spider-Man Far From Home adalah filem sekuel kepada filem Spider-Man Homecoming yang mana merupakan filem Spider-Man dalam dunia MCU. Tom Holland adalah pelakon yang melakonkan watak Peter-Parker dan juga Spider-Man, yang juga merupakan pelakon ketiga memainkan watak ini di layar perak selepas Andrew Garfields dan Tobey Maguire.

Antara kesemua filem Spider-Man, filem yang paling diingati ramai adalah versi arahan Sam Raimi. Ini kerana ia adalah antara yang terawal dan juga mempunyai watak J. Jonah Jameson yang dilakonkan oleh J.K. Simmons. Filem The Amazing Spiderman dan Spider-Man Homecoming, tiada lagi watak ini – antara sebabnya adalah masalah lesen dan juga hak IP. Tetapi Sony dan Disney membuat kejutan pada filem Far From Home dengan mengembalikan watak J. Jonah Jameson yang dilakonkan oleh J.K. Simmons. Versi ini mungkin berbeza dengan versi Sam Raimi, tetapi adalah amat sesuai dan padan dengan dunia moden – iaitu berita atas talian dan gaya seakan seorang YouTuber.

Dalam temu ramah J.K. Simmons bersama wakil PeopleTV, beliau telah mengesahkan yang ada menandatangani kontrak untuk dua lagi sekuel filem. Ini adalah satu perkara yang amat menarik dan saya sendiri tidak sabar nantikan. Bukan itu sahaja, melalui temu ramah ini ia turut mengesahkan ura-ura yang akan ada dua lagi kemunculan Spider-Man (lakonan Tom Holland) dalam MCU. Satu filem kemungkinan besar Spider-Man akan memainkan peranan utama dan satu lagi filem adalah jalan cerita Spider-Man “keluar” dari MCU.

Apa-apa pun sama-sama kita nantikan.

Leave a Reply