Spider-Man dalam MCU, iaitu lakonan Tom Holland adalah Spider-Man ketiga yang tiba ke layar perak. Kesemua filem yang ada Spider-Man, Sony pasti akan terlibat. Spider-Man pertama adalah lakonan Toby Maguire, kedua pula adalah untuk filem The Amazing Spider-Man iaitu Andrew Garfield. Tetapi nampaknya yang paling berjaya adalah versi Tom Holland kerana berkait dengan filem-filem MCU.

Spider-Man Tom Holland telah muncul dalam Captain America: Civil WarAvengers: Infinity War, Avengers: Endgame, Spider-Man: Homecoming dan Spider-Man: Far From Home. Filem solo ketiga kini sedang dalam penggambaran. Minggu lepas terdapat ura-ura yang menyatakan, Toby Maguire dan Andrew Garfield akan kembali memainkan watak Spider-Man untuk filem solo ketiga ini. Ura-ura ini muncul apabila Jamie Foxx disahkan akan kembali memainkan watak Electro.

Kemudian, ura-ura ini semakin dipercayai apabila Benedict Cumberbatch selaku pelakon Doctor Strange akan memainkan peranan penting dalam filem ini. Filem solo kedua Dr. Strange adalah Multiverse of Madness, yang mana akan bermain dengan konsep multi-dunia atau rentas-dunia. Electro juga dikatakan tidak akan berwarna biru. Ini menimbulkan teori yang Toby dan Andrew akan muncul sebagai Spider-Man dari dunia masing-masing.

Terkini, Sony telah mengeluarkan kenyataan melalui ET Canada. Menurut Sony, kedua-dua pelakon, iaitu Toby Maguire dan Andrew Garfield masih tidak disahkan lagi akan terlibat dengan filem ini ataupun tidak. Sony juga tidak menafikan penglibatan mereka.

Jadi, ada kemungkinan besar mereka ingin sertakan kedua-dua watak ini dalam filem Spider-Man 3. Tetapi mungkin masih belum menerima kepastian, mungkin kerana tiada lagi pengesahan dari ejen masing-masing. Sony dan Disney telah pun bekerjasama dengan memasukkan watak J. Jonah Jameson dari pelakon yang sama J.K Simmons. Kemudian dalam Morbius, turut ada kemunculan Vulture lakonan Michael Keaton.

Jika benar dua bekas pelakon Spider-Man ini akan memasuki MCU, ini adalah berita yang menarik. Kita juga kedengaran yang Tom Holland hanya akan dua lagi filem. Satu filem memfokuskan beliau (mungkin Spider-Man 3) dan satu lagi dikhabarkan adalah filem yang mengeluarkan watak ini dari MCU. Jika ini benar, salah seorang pelakon Spider-Man ini mungkin boleh menggantikan Tom Holland. Apa-apa pun, kita perlu nantikan berita lanjut. Sama-sama kita nantikan.

Sohor Kini