Skip to main content

Netflix baru-baru ini menguji untuk mengembangkan lagi carta “Top 10” kepada carta “Top 50” agar dapat memberi lebih banyak pilihan kepada pengguna. Walaupun Netflix ada banyak kandungan dalam platform mereka, tidak semua akan kekal dan akan ada yang dibuang kerana sudah tamat tempoh kontrak atau lesen hak penstriman.

Terkini, Netflix dilihat akan memberi amaran kepada pengguna jika sesuatu kandungan itu akan meninggalkan platform tersebut. Di sudut atas kanan, lokasi di mana Netflix memberi tahu pengkadaran seperti untuk ganas, seram, penggunaan kata-kata kesat atau untuk tontonan umum – akan ada ayat seperti “This show is available until December 25th”.

Amaran ini akan memudahkan pengguna untuk selesaikan siri TV atau habiskan filem yang sedang ditonton. Kelak jika buka semula, pengguna tidak akan terkejut sekiranya sesuatu kandungan itu telah hilang. Tetapi dalam percubaan kami ke atas siri TV The Office yang bakal dikeluarkan Netflix (menggunakan VPN), ia tidak terpapar pada akaun kami. Mungkin ia masih berperingkat buat masa ini.

Leave a Reply