“Top 10” adalah senarai 10 kandungan popular dalam Netflix mengikut negara. Ia menggunakan algoritma tersendiri untuk menentukan siri TV atau filem atau dokumentari popular yang ditonton oleh pengguna Netflix. Tidak dinafikan yang ciri ini adalah menarik dan turut mempengaruhi keputusan kami untuk tonton kandungan apa.

Terkini, Netflix dilihat akan mengubah senarai “Top 10” kepada “Top 50”. Menurut sumber, Netflix ingin kembangkan dari sepuluh kandungan ke lima puluh kandungan agar memuaskan hati pengguna dan pengguna akan mempunyai lebih banyak pilihan. Buat masa ini, senarai “Top 50” hanya dalam ujian dan hanya segelintir pengguna sahaja dapat akses ini. Netflix hanya akan edarkan ciri ini jika majoriti pengguna gemar dengan ciri ini.

Yang mana satukah pilihan anda? Top 10 atau Top 50? Kami rasakan Top 10 pun sudah memadai dan tidak semua dalam Top 10 atau jika diteruskan Top 50 akan ditonton oleh pengguna.

Sohor Kini