Skip to main content

Wonder Woman 1984 adalah filem baharu DC dari Warner Bros. yang berada dalam DCEU. Ia juga akan menjadi filem kedua DC tahun ini selepas Birds of Prey. Filem ini juga menggunakan strategi yang lain daripada yang lain, kerana minggu lepas Warner Bros. membuat keputusan untuk menayangkan filem ini serentak dengan siaran di HBO Max pada 25 Disember. Ini adalah perkara yang menarik, berbanding sebelum ini dua minggu selepas ia ditayangkan.

Tetapi untuk pasaran Malaysia, disebabkan HBO Max tiada di sini dan HBO Go mungkin tidak akan menyiarkan filem Wonder Woman 1984 ini. Filem ini mungkin akan ditayangkan di Malaysia lebih awal. Menurut laporan dari Variety, Wonder Woman 1984 akan tiba di pawagam Malaysia 17 Disember ini. Pihak Warner Bros. Malaysia turut mengesahkan berita ini.

Tetapi, ia masih bergantung kepada status pembukaan pawagam di Malaysia. Jika pihak berkuasa ingin terus tutup, tarikh tayangan filem boleh terus ditangguhkan. Apa-apa pun, sama-sama kita nantikan.

Leave a Reply