Dunia perfileman, lagi-lagi filem-filem yang sepatutnya memasuki pawagam amat hambar sepanjang Covid-19 ini. Ada yang mengalami kerugian, ada yang terpaksa dibatalkan, ada yang ditunda dan ada juga yang terus disiarkan di platform penstriman video.

Terkini, filem DCEU yang akan datang iaitu Wonder Wiman 1984 – filem dilaporkan akan terus disiarkan di HBO Max selepas dua minggu ditayangkan. Ini bermakna, pelanggan HBO Max dapat menonton filem secara percuma tanpa sebarang caj sewaan atau belian untuk filem. Pelanggan hanya perlu bayar langganan bulanan sahaja.
Keputusan ini dibuat mungkin untuk mengelak dari mengalami masalah kerugian. Dengan terus siarkan di HBO Max, pelanggan turut akan dapat menikmati filem ini di rumah dengan selamat dan sihat. Kemudian, dengan menyiarkan di platform penstriman lebih awal – mereka yang berminat dengan filem DC turut akan melanggan bagi yang belum melanggan sebagai tanda sokongan.