Skip to main content

Black Lightning musim keempat akan disiarkan pada tahun hadapan, bersama-sama dengan banyak lagi musim baru siri-siri TV Arrowverse. Black Lightning pada asalnya adalah siri TV individu dan tidak terlibat dengan mana-mana dunia. Selepas permintaan ramai, episod rentas-siri mula memasukkan siri TV ini dalam dunia yang sama dengan Arrow, The Flash, Supergirl dan lain-lain.

Tetapi, nampaknya musim keempat Black Lightning ini akan menjadi musim terakhir. Laporan dari Variety menyatakan Salim Akil ingin tamatkan siri TV kerana sudah gembira dan berpuas hati dengan mesej yang ingin disampaikan. Salim Akil selepas ini akan memfokuskan sepenuhnya kepada siri TV sampingan Black Lightning, iaitu Painkiller. Seperti Supergirl yang tamat dengan musim keenam dan akan ada “pengganti” yang memainkan peranan sama seperti Supergirl dalam Superman & Lois – Painkiller akan menjadi pengganti Black Lightning.

Buat masa ini masih tidak jelas, bagaimana Black Lightning akan keluar dari siri TV ini dan apakah yang membuatkan Painkiller menjadi watak utama untuk siri ini. Sama-sama kita nantikan.

Leave a Reply