Musim keenam siri TV Supergirl dalam dunia Arrowverse adalah musim terakhir. Pihak produksi dan Melissa sendiri membuat keputusan untuk terus tamatkan sahaja siri ini dengan musim keenam, daripada ia berlarutan dan menjadi satu siri yang panjang. Supergirl musim keenam akan disiarkan bermula tahun hadapan, namun tiada tarikh lagi.

Selepas pengumuman ini, ia menimbulkan persoalan adakah Supergirl benar-benar akan tamat? Adakah nasib beliau seperti Green Arrow iaitu menemui ajal? Itu tidak pasti lagi. Tetapi dalam siri TV baharu Arrowverse iaitu Superman & Lois, akan terdapat watak baharu yang mungkin akan menjadi peranan penting seakan Supergirl. Mungkin tiada pelakon baru dengan watak baru memainkan watak Supergirl seperti Javicia Leslie yang memainkan watak Riley Wilder yang juga merupakan Batwoman, pengganti kepada Ruby Rose.

Dalam senarai pelakon Superman & Lois, Stacey Farber disenaraikan untuk memainkan watak baharu yang tiada dalam komik – iaitu Leslie Larr. Watak ini dikatakan adalah “pengganti” kepada Supergirl dan mungkin adalah versi baik kepada watak Lesla-Lar. Lesla-Lar adalah penjenayah Krypton yang muncul dalam musim ketiga. Watak ini dimainkan oleh Tracy Spiridakos. Kita semua tahu yang asal-usul, watak atau jalan cerita kadangkala berubah untuk aksi nyata dan tidak mengikut komik secara terus.
Jika pihak produksi mengikut sedikit jalan cerita komik, Leslie Larr mungkin akan bekerjasama dengan Lex Luthor dan kemudian menyamar menjadi Supergirl. Dari sini mungkin watak Leslie Larr akan muncul. Ini hanyalah anggapan dan teori sahaja, apa-apa pun sama-sama kita nantikan.
Sumber: Comicbook