Johny Depp terpaksa menarik diri daripada francais filem Fantastic Beasts atas permintaan dari Warner Bros. Ini kerana ada perubahan eksekutif dari pihak atasan dan berkaitan dengan kes Johny Depp dengan isteri beliau Amber Heard.

Baru-baru ini, Mads Mikkelsen telah dilaporkan dipilih sebagai calon dan dalam perbincangan untuk menjadi pengganti Johny Depp sebagai Gellert Grindelwald. Filem ini pada asalnya dijadualkan untuk ditayangkan pada 12 November 2021, tetapi ditunda ke tahun 2022. Pelakon lain seperti Eddie Redmayne dan Jude Law sudah pun dalam proses penggambaran.
David Yates iaitu pengarah bagi filem ini dilaporkan sudah lama berminat dengan Mads Mikkelsen, jadi filem baru akan datang mungkin akan menjadi berbeza. Sama-sama kita nantikan.
Sumber: Deadline


