Johnny Depp di Instagram telah mengumumkan yang beliau menarik diri daripada melakonkan watak Gellert Grindelwald di dalam siri filem Fantastic Beasts selepas permintaan oleh Warner Bros. Grindewald merupakan watak antagonis utama bagi filem ini.

Warner Bros dikatakan meminta Johnny Depp menarik diri selepas beliau tewas kes mahkamah di UK. Kes tersebut adalah Johnny Depp menyaman akhbar The Sun kerana mengatakan laporan mereka mengatakan Johnny Depp telah memukul Amber Heard adalah tidak benar. Mahkamah telah membuat keputusan yang laporan The Sun ada kebenaran.

Di pengumuman yang sama, Johnny Depp mengatakan beliau akan terus melawan kes tersebut dan akan melakukan rayuan. Filem seterusnya Fantastic Beasts sepatutnya tiba pada November 2021, akan tetapi selepas perkembangan terbaru ini ia dikatakan akan tiba pada tahun 2022.

Leave a Reply