Ejen Ali: The Movie Kini Tiba Di Netflix

Seperti yang kami laporkan pada bulan lepas, Ejen Ali: The Movie kini akhirnya boleh ditonton melalui Netflix. Ia akan menyertai siri TV Ejen Ali yang kedua-dua musim telah tiba di platform penstriman tersebut.

Selepas mengutip lebih RM30 juta melalui tayangan pawagam selepas mula ditayangkan pada November tahun lepas, filem ini ditawarkan dengan lebih meluas melalui Astro First pada Februari lepas, sebelum ditawarkan melalui Netflix ini.

Bagi anda yang tidak pernah menonton, Ejen Ali: The Movie adalah antara filem animasi tempatan terbaik yang pernah dikeluarkan. Bagi yang sudah menonton sebelum ini, mungkin boleh mengalaminya sekali lagi.

Filem ini baru-baru ini juga telah Menerima Anugerah Arahan Fiksyen Terbaik Di Asian Academy Creative Awards 2020.

Sohor Kini