Informasi Permainan Video Terkini
Ejen Ali The Movie Bakal Tiba Di Astro First Esok – Berharga RM15

Ejen Ali The Movie Bakal Tiba Di Astro First Esok – Berharga RM15

Diterbitkan pada Feb 28, 2020 oleh .

Wau Animation hari ini akhirnya mengumumkan yang mana filem Ejen Ali The Movie akan tiba di Astro First bermula esok. Pengumuman ini dilakukan di Twitter dan Facebook rasmi Ejen Ali.

Ini sekaligus penonton kini boleh terus melanggan filem tersebut melalui saluran 480 Astro dengan harga bermula RM15 untuk tempoh masa selama 48 jam.

Ejen Ali The Movie merupakan filem sulung oleh Wau Animation berdasarkan siri animasi Ejen Ali. Filem ini juga mencapai jumlah kutipan RM30 juta dan merupakan animasi filem tempatan yang mempunyai kutipan tertinggi tahun lepas.

Setakat ini, siri tersebut mempunyai 2 musim yang mana kedua-dua musim boleh ditonton secara percuma di saluran rasmi Youtube Ejen Ali ataupun melalui Netflix.

Jadi bagi anda yang masih belum berkesempatan untuk melihat salah satu filem terbaik saya sendiri untuk tahun 2019 pastikan anda melanggan Astro First filem ini bermula esok.


TIPS & ULASAN