Ejen Ali: The Movie adalah antara filem animasi terbaik pernah kami saksikan. Filem yang ditayangkan pada tahun lepas ini baru sahaja menerima anugerah arahan fiksyen terbaik Asian Academy Creative Awards 2020 sebagai wakil Malaysia.
Filem animasi aksi/komedi ini akan disiarkan di Netflix pada 1 November ini. Filem ini mengisahkan Ejen Ali dan rakan-rakan perlu menentang musuh yang berang terhadap ketidakadilan bandar ke atas kampung. Ejen Ali juga akhirnya berjaya mengawal “kuasa” tambahan gajet I.R.I.S. beliau.
Bagi yang terlepas untuk tonton di pawagam dan belum lagi tonton filem ini, kami sarankan anda tonton. Percayalah, anda akan berpuas hati dan akan teruja dengan hasil karya tempatan.
Sumber: @usamahzaid