Ejen Ali The Movie mula ditayangkan di Malaysia pada musim percutian sekolah pada tahun lepas. Filem ini telah menjadi filem animasi tempatan nombor 1 di Malaysia. Kemudian turut menjadi nombor 3 bagi kategori kutipan filem tertinggi sepanjang tahun 2019 di Malaysia. Tahun ini pada awal bulan, Ejen Ali The Movie telah ditayangkan di negara jiran – Indonesia.

Filem animasi pertama dari Wau Animation ini kini berjaya mengutip kutipan Box Office sebanyak RM30 Juta. Kutipan ini berjaya dikutip dalam masa 6 minggu. Ini adalah satu kejayaan yang amat hebat dan membanggakan. Dengan kejayaan animasi ini, 2019 secara tidak langsung telah menjadi Tahun Animasi Malaysia.

Ejen Ali The Movie juga mempunyai OST yang enak didengar berulangkali sehinggakan Wau Animation terbit OST penuh di pelbagai platform penstriman muzik. Sudahkah anda menonton filem ini dan menikmati muzik hebat mereka? Jika belum, filem ini masih ditayangkan di beberapa lokasi pawagam seluruh negara dan untuk OST, ia boleh distrim di Spotify, Apple Music dan banyak lagi.
Apa-apa pun, ucapan tahniah kepada Wau Animation.