Lanjutan daripada pengumuman watak DLC Muruem dari siri Hunter X Hunter dan Hiei dari siri Yu Yu Hakusho bulan lepas, hari ini Bandai Namco akhirnya mengumumkan secara rasmi tarikh pelancaran watak-watak tersebut iaitu mereka akan tiba pada 27 Oktober 2020 ini. Namun pelancarannya

Menariknya bagi anda yang memiliki pas musim kedua permainan ini, anda berupaya untuk mencuba watak ini empat hari lebih awal iaitu bermula esok.

Seperti anda sedia maklum, Muruem merupakan watak penjahat daripada siri Hunter X Hunter, di mana beliau adalah raja kepada Chimera Ant. Manakala Hiei pula adalah watak daripada siri Yu Yu Hakusho iaitu rakan kepada Yusuke.

Semestinya pelancaran dua watak ini adalah sangat menarik kerana kedua-dua siri dihasilkan oleh pelukis manga yang sama iaitu Yoshihiro Togashi dan bagi anda yang meminati karya beliau, anda boleh dapatkan watak ini secara berasingan ataupun melalui pas musim kedua permainan ini.

Jump Force sebelum ini telah pun dilancarkan di konsol PlayStation 4, Xbox One, Switch dan PC di mana kami sebelum ini telah pun mengulaskannya.

Sohor Kini