Sebelum ini, Bandai Namco mengumumkan watak DLC musim kedua buat permainan perlawanan Jump Force di mana watak pertama yang dilancarkan adalah Shoto Todoroki dari siri anime My Hero Academia.

Terkini, Bandai Namco akhirnya mengumumkan dua watak seterusnya yang akan tiba di permainan tersebut iaitu watak Meruem dari siri Hunter X Hunter dan Hiei dari Yu Yu Hakusho. Bersempena dengan pengumuman ini, mereka juga berkongsi satu video acah khas bentuk permainan Meruem di bawah.

Menurut Bandai Namco, kedua-dua watak DLC ini akan dilancarkan sekitar suku keempat tahun ini buat konsol PlayStation 4, Xbox One dan PC. Manakala versi Switch ia akan tiba sekitar tahun hadapan.

Jump Force sebelum ini telah pun dilancarkan di konsol PlayStation 4, Xbox One, Switch dan PC di mana kami sebelum ini telah pun mengulaskannya.

Sohor Kini