Team 17 dan Ghost Town Games hari ini mengumumkan yang mana mereka akan melancarkan kandungan khas buat permainan Overcooked! 2 bersempena dengan perayaan kuih bulan ataupun perayaan pertengahan musim luruh.

Melalui kemaskini ini, kesemua pemilik permainan Overcooked! 2 akan menerima menerima 3 resipi baharu kuih bulan bersama dengan 5 peringkat baharu permainan secara percuma.

Sebelum ini, Team 17 juga mengumumkan permainan ini akan tiba di konsol PlayStation 5 dan Xbox Series dengan pelbagai pernaik-tarafan visual dan kandungan permainan baharu.

Overcooked! 2 merupakan permainan parti simulasi masakan yang memfokuskan pemain untuk bekerjasama bersama pemain lain sehingga 4 pemain serentak untuk memasak dan melengkapkan permintaan pelanggan. Permainan ini sebelum ini telah pun dilancarkan di konsol dan PC di mana kami juga telah pun mengulaskannya di sini.

Sohor Kini