Sheriff terus mendapat sambutan yang sangat baik apabila mengutip RM35.3 juta selepas dua hujung minggu ditayangkan, iaitu penambahan sebanyak RM19 juta berbanding hujung minggu pertama. Kutipan ini menjadikan Sheriff merupakan filem dengan kutipan tertinggi untuk tahun 2024 di Malaysia, sekurang-kurangnya buat setakat ini.
Sheriff merupakan filem arahan Syafiq Yusof, beliau juga menulis lakon layar bersama dengan Nazifdin Nasrudin berdasarkan cerita asal oleh beliau sendiri. Senarai pelakon ialah seperti Zul Arifin, Syafiq Kyle, Azira Shafinaz, Elizabeth Tan, dan Dato’ Aaron Aziz.
Berikut merupakan sinopsis rasmi untuk filem ini –
Nazri, seorang anggota polis dari Jabatan Narkotik merasakan masalah sindiket dadah syabu Tony Ifrit semakin berleluasa dan mereka sering terlepas dari cengkaman undang – undang apabila melalui proses penghakiman. Nazri mengambil keputusan untuk menyelesaikan masalah itu sendiri. Sementara itu Sheriff, seorang anggota polis daripada Jabatan Integriti telah dihantar oleh pihak IGP untuk menyelesaikan kes ‘Meth Killer’. Sheriff dan Nazri ditugaskan untuk berada di bawah satu jabatan. Ada kemungkinan Meth Killer itu berada didalam Jabatan Narkotik itu sendiri.