Monsta telah berkongsi treler acah untuk BoBoiBoy Galaxy Windara iaitu pengembaraan seterusnya untuk BoBoiBoy yang akan mula disiarkan bulan Jun ini. Windara akan meneruskan penceritaan daripada BoBoiBoy Galaxy Sori yang disiarkan pada akhir tahun lepas.

Melalui treler diperlihatkan yang Maripos datang untuk ‘mencabar’ BoBoiBoy tetapi dengan tujuan untuk membawa BoBoiBoy bertemu dengan Kuputeri. Kuputeri baru sahaja keluar daripada kepompong selepas pertempuran dengan Retak’ka, 100 tahun yang lepas dan meminta bantuan BoBoiBoy untuk menyelamatkan Windara.

BoBoiBoy Galaxy Windara merupakan bahagian kedua untuk musim kedua BoBoiBoy Galaxy selepas BoBoiBoy Galaxy Sori dan akan diikuti dengan BoBoiBoy Galaxy Gentar dan juga BoBoiBoy Galaxy Gur’latan.

Sohor Kini