Team 17 telah mengumumkan yang merekan akan membawa permainan Overcooked! dan Overcooked! 2 ke konsol generasi baharu, menariknya bukan secara berasingan tetapi di dalam satu permainan iaitu Overcooked! All You Can Eat.

Selain menggabungkan permainan pertama dan kedua, bersama dengan kesemua DLC untuknya, ia juga akan menyertakan 7 peringkat dan 3 chef baharu. Sebagai permainan untuk konsol generasi baharu ia juga akan menyokong resolusi 4K dengan kadar kelancaran 60FPS, termasuk pemuatan yang pantas.

Versi ini juga akan mempunyai sesi multi-pemain secara dalam talian dan menyokong rentas platform antara PS5 dan Xbox Series X. Permainan ini tidak akan menyokong multi-pemain dengan pemain di versi lain.

Bagi platform lain untuk Switch dan juga PC, Team 17 mengatakan buat masa ini mereka memfokuskan kepada dua konsol tersebut sahaja. Buat masa ini masih tiada tarikh pengeluaran diumumkan.

Sohor Kini