Variety hari ini melaporkan yang Samuel L. Jackson akan kembali menjadi Nick Fury di dalam siri TV baharu untuk Diseny+. Siri ini dikatakan akan menggunakan khidmat Kyle Bradstreet sebagai penerbit dan penulis. Beliau sebelum ini terlibat dengan siri Mr. Robot. Buat masa ini tidak disahkan lagi fokus utama untuk siri baharu ini.

Disney+ bakal menjadi rumah utama untuk pelbagai siri TV berdasarkan watak-watak Marvel, WandaVision yang baru sahaja menerima video acah dijangka akan tiba pada akhir tahun ini, manakala siri The Falcon and the Winter Soldier, Loki, Hawkeye dan She-Hulk dijangka akan tiba sekitar tahun depan dan tahun 2022.

Kali terakhir Samuel L. Jackson memegang watak Nick Fury adalah ketika filem Spider-man: Far From Home.

Sohor Kini