Selepas akhirnya siri filem Marvel Cinematic Universe dengan tayangan Avengers: End Game, Disney dilihat telah memperkenalkan beberapa siri filem berdasarkan watak-watak siri filem tersebut.
Diantaranya ialah Wanda Maximoff dan juga Vision yang dilihat akan tiba dengan siri televisyen mereka sendiri yang dinamakan WandaVision. Siri televisyen ini boleh dikatakan agak unik kerana cara siarannya yang menggambarkan suasana sekitar era 1950an dan akan ditayangkan di Disney+.
Disney baru sahaja memperlihatkan video acah terbaru siri televisyen ini, dan walaupun ia memperlihatkan pelbagai adegan-adegan yang kelihatan seperti sebuah sitkom di pelbagai era 1950-1980, jalan cerita asasnya masih lagi tidak diketahui, dan mengelirukan.
Watak-watak Wanda Maximoff dan Vision masih lagi dimainkan oleh Elizabeth Olson dan Paul Bettany. Pemfileman siri WandaVision ini sudahpun bermula semula sejak ia terpaksa diberhentikan pada Mac 2020.
Buat masa ini, Disney masih tidak mengumumkan lagi bilakah WandaVision akan keudara.