Skip to main content

Francais MCU fasa 1-3 sudah pun tamat dengan filem Avengers: Endgame pada tahun lepas. Kesinambungan francais filem ini akan diteruskan melalui siri TV di Disney+ dan filem-filem prekuel seperti Black Widow dan Eternals. Salah satu sebab kenapa saya sanggup melanggan Disney+ dan VPN premium adalah kerana MCU, tetapi kerana kebanyakan siri TV ini disahkan tunda saya tidak lagi melanggan.

Terkini, terdapat berita baik yang akan membuatkan saya kembali melanggan Disney+ – iaitu WandaVision disahkan tidak akan ditunda. Tetapi, siri TV The Falcon and the Winter Soldier disahkan akan ditunda ke tahun hadapan kerana masalah penggambaran ketika Covid-19. Jadi tidak pasti, sama ada siri TV ini akan ada lagi penggambaran atau sedang dalam proses suntingan. Bukan itu sahaja, akhirnya siri TV Hawkeye menerima pengarah yang memberi petanda – penggambaran bakal bermula. Tetapi pelakon Kate Bishop yang sebelum ini dilaporkan adalah Hailee Steinfeld, dikatakan tidak akan berlaku.

Duo Amber Finlayson (Bert) & Katie Ellwood (Bertie) dan Rhys Thomas adalah pengarah yang telah dilantik untuk siri TV Hawkeye. Yang mana masing-masing akan ada episod tertentu yang diarah. Kesemua pengarah ini juga adalah pengarah kandungan komedi, jadi tidak dinafikan yang Hawkeye mungkin adalah siri TV komedi. Disebabkan Hawkeye baru sahja menerima pengarah, siri TV ini besar kemungkinan tidak akan disiarkan pada tahun ini. Akhir sekali, siri TV Loki pula disahkan akan mengikut jadual siaran yang mana akan berlaku pada tahun 2021.

Leave a Reply