Pada bulan Mei lepas, NASA mengumumkan yang Tom Cruise akan berlakon di angkasa lepas untuk sebuah filem kerjasama bersama mereka. Doug Liman selaku pengarah filem Edge of Tomorrow dilaporkan akan mnegarahkan filem ini dan Elon Musk turut akan berikan kerjasama, kerana penggambaran filem ini akan melibatkan roket SpaceX Crew Dragon.

Universal Studio turut dilihat berminat untuk menerbitkan filem ini. Terkini, TMZ melaporkan yang filem di angkasa lepas ini akan memulakan penggambaran pada Oktober tahun 2021. Ia akan memulakan penggambaran di orbit menurut jadual rasmi ISS 2020-2023. Walau bagaimanapun, masih tidak pasti bila filem ini akan ditayangkan dan filem apakah sehingga perlu melibatkan penggambaran di angkasa. Apa-apa pun, sama-sama kita nantikan.

Sohor Kini