Tiga minggu lepas, NASA telah membuat ciapan di Twitter yang Tom Cruise akan melakukan penggambaran filem di Space Station. Projek filem ini turut akan dibantu oleh Elon Musk, kerana menurut sumber SpaceX mungkin akan memainkan peranan dalam penggambaran filem ini.

Terkini, menurut laporan dari Deadline – filem ini telah mempunyai pengarah dan individu yang dilantik adalah Doug Liman. Doug sebelum ini pernah bekerjasama dengan Tom untuk filem Edge of Tomorrow, jadi kerjasama untuk filem di angkasa ini mungkin tidak akan menjadi masalah. Bukan itu sahaja, menurut Deadline lagi – Tom dan Doug adalah sahabat dan masing-masing mempunyai semangat yang sama.

Filem ini akan dihasilkan oleh syarikat produksi Tom Cruise sendiri dan Doug selain menjadi pengarah turut bertanggungjawab dalam menulis draf skrip pertama. Bila filem ini akan dihasilkan? Itu masih lagi misteri! Ini kerana untuk ke angkasa, pelbagai latihan dan ujian perlu dihadapi dan pasti penggambaran filem ini tidak akan berlaku dalam masa terdekat. Tom Cruise masih sibuk dengan filem Top Gun: Maverick dan Mission Impossible 7. Manakala, Doug pula sibuk dengan filem Chaos Walking lakonan Tom Holland.

Sohor Kini