Dua bulan lepas, NASA telah mengumumkan yang mereka akan terlibat dengan penggambaran filem Tom Cruise di angkasa lepas iaitu Space Station dengan kerjasama Elon Musk yang bakal melibatkan kapal angkasa dari SpaceX. Filem ini dilaporkan akan diarahkan oleh Doug Liman, yang mana pernah mengarah Tom Cruise dalam filem Edge of Tomorrow.

Terkini, Universal Pictures dilaporkan dalam perbincangan untuk menjadi syarikat yang menghasilkan filem ini. Filem ini akan menjalani penggambaran di angkasa lepas dan bukannya menggunakan CGI, animasi – tetapi secara literal akan dirakam di angkasa. Filem ini turut dilaporkan akan mempunyai bajet $200 juta, yang mana $30-$60 juta akan diperoleh oleh Tom Cruise.

Isu besar bagi filem yang masih tiada skrip ini adalah, insurans bagi Tom Cruise dan juga pasukan yang terlibat dengan penggambaran. Terdapat sumber yang menyatakan mereka hanya mempunyai satu peluang sahaja untuk membuat kerja-kerja penggambaran dan ini merupakan satu sejarah kerana tidak pernah lagi ada kru filem membuat filem di luar orbit bumi.

Masih tiada tarikh bila projek ini akan bermula, ini kerana Tom Cruise masih sibuk dengan sekuel filem Mission Impossible dan laporan mencadangkan umur Tom Cruise mungkin akan mencecah lebih 60 tahun barulah beliau akan memulakan penggambaran filem di angkasa ini.

Sohor Kini