Informasi Permainan Video Terkini
NASA: Tom Cruise Akan Melakukan Penggambaran Filem Di Space Station

NASA: Tom Cruise Akan Melakukan Penggambaran Filem Di Space Station

Diterbitkan pada Mei 6, 2020 oleh .

Tom Cruise adalah seorang pelakon yang terkenal dengan filem seperti Top Gun atau Mission Impossible. Lakonan beliau juga agak hebat, banyak aksi lagak dalam filem beliau dilakukan dengan sendiri. Contoh dalam Mission Impossible: Ghost Protocol beliau memanjat bangunan Burj Khalifa, dalam Fallout beliau tergantung dari helikopter ataupun dalam Rogue Nation tergantung pada kapal terbang.

Terkini, Tom Crusie dikatakan akan berlakon dalam satu filem lain daripada yang lain yang akan berlaku di angkasa. Ya, bukan CGI bukan animasi, penggambaran filem baharu beliau ini akan berlaku di Space Station. Wakil NASA baru-baru ini telah mengesahkan penglibatan Tom Cruise untuk ke Space Station. Walau bagaimanapun, masih tiada jalan cerita, judul ataupun apa-apa informasi lain mengenai filem ini dan bagaimana ia akan dihasilkan.

Menariknya menurut laporan Deadline, Tom Cruise akan bekerjasama dengan Elon Musk yang melibatkan SpaceX untuk penggambaran filem ini. Filem ini dikatakan adalah filem aksi pengembaraan, tetapi yang pasti bukannya filem Mission Impossible baharu. Jika filem ini berjaya, Tom Cruise akan mencipta rekod dunia sebagai pelakon Hollywood pertama berada di angkasa untuk penggambaran filem.


TIPS & ULASAN