Semalam, bersempena dengan acara Summer Game Fest, Geoff Keighley mengadakan acara khas Developer Showcase yang mana mereka memperlihatkan pelbagai pengumuman permainan baharu, termasuklah beberapa permainan indie.

Antara yang telah kami laporkan adalah permainan Overcooked! All You Can Eat, Rogue Company dan SMITE. Manakala berikut pula adalah beberapa permainan lain yang diumumkan ketika acara tersebut.

Lagu Tema Bugsnax

Ketika permulaan acara tersebut, lagu tema Bugsnax iaitu permainan yang diumumkan ketika acara PlayStation 5 bulan lepas, dipersembahkan secara rasmi. Menariknya, lagu tema tersebut kini juga boleh distrim di platform penstriman muzik terpilih yang mana anda boleh melayarinya di sini.

Ghostrunner

Ghostrunner merupakan permainan aksi oleh One More Level dan diterbitkan oleh All In! Games di mana ia dibangunakn untuk konsol Xbox One, PlayStation 4 dan PC.

Permainan ini memfokuskan dunia Cyberpunk di mana pemain berupaya untuk bertempur musuh dengan menumpaskan mereka secara satu serangan sahaja. Namun ia juga boleh dilakukan oleh musuh, sekaligus pemain kena bijak mengguna segala persekitaran untuk memastikan pemain tumpaskan musuh yang ada.

Tunche

Tunche merupakan permainan pertempuran aksi yang mana ia menyokong bentuk pemain secara koperasi dan juga solo. Dengan 5 watak pilihan termasuklah watak Hat Kid dari permainan A Hat In Time sebagai salah soerang watak yang boleh dimainkan.

Permainan ini dibangunkan oleh Leap Game Studios dan dilancarkan oleh HyperTrain Digital di mana ia akan dilancarkan di PC melalui Steam.

Permainan Keluaran Girls Make Games

Girls Make Games merupakan satu program khas yang memfokuskan wanita untuk menghasilkan permainan video di mana ketika acara ini, mereka mempamerkan dua permainan iaitu Find Me dan Shredded Secrets di mana ia dibangunkan oleh pasukan pembangun wanita yang mana kedua-dua menerima anugerah khas ketika program tersebut.

Find Me merupakan permainan plaformer yang memfokuskan pemain untuk bermain bayangan yang terpisah dengan tuannya. Ia mempunyai inspirasi seakan permainan Limbo.

Manakala permainan Shredded Secrets di mana ia memfokuskan pemain bermain kanak-kanak yang dibuli di sekolah. Melalui permainan ini, pemain akan mengatasi pembuli dan juga beberapa watak berlainan yang memperlihatkan perspektif membuli dan juga mangsa buli.

Versi Fizikal Untitle Goose Game

I Am 8 Bit juga mengumumkan yang mana mereka akan melancarkan versi fizikal buat permainan Untitled Goose Game buat versi PlayStation 4 dan Switch. Menurut mereka, ia akan dilancarkan pada 29 September 2020 ini.

Menariknya, mereka juga mengumumkan edisi boleh dikitar semula khas yang mana ia juga turut akan melancarkan rekod vinil yang mana juga menggunakan bahan yang boleh dikitar semula.

An Airport Of Alien Currently Run By Dogs

Permainan ini pula adalah permainan pengembaraan oleh Strange Scalfold di mana pemain boleh mengembara dan menerokai lapangan kapal terbang yang diurus oleh anjing. Permainan ini akan dilancarkan di PC dan konsol sekitar penghujung tahun ini.

Unto The End

Unto The End pula merupakan permainan pengembaraan yang mempunyai bentuk pertempuran yang sangat mendalam di mana ia dibangunkan oleh 2 Ton Studios.

Menurut pembangun, permainan ini akan dilancarkan di konsol dan PC.

Mundaun

Mundaun pula adalah permainan yang dibanugnkan oleh Hidden Fields, iaitu seorang pembangun, Michel Ziegler di mana beliau telah menghasilkannya selama 6 tahun. Mundaun memfokuskan permainan pengembaraan seram yang mana pemain akan mengembara di dalam dunia permainan tersebut dan menyelesaikan misteri di dalamnya.

Menurut pembangun, ia akan tiba pada tahun hadapan di konsol dan PC.

Griefhelm

Griefhelm pula merupakan permainan pertempuran yang memfokuskan senjata jarak dekat yang mana ia menyertakan bentuk permainan yang sangat mendalam. Ia juga akan menyokong bentuk multi-pemain dan bentuk kempen secara solo. Menurut pembangun ia akan dilancarkan di PC melalui Steam pada 20 Ogos 2020 ini.

I Am Dead

I Am Dead yang diumumkan ketika acara Nintedo Direct Indie World sebelum ini, akhirnya mendapat tarikh pelancaran di mana ia akan tiba di konsol Switch dan PC melalui Steam pada bulan September ini.

Figment: Creed Valley

Figment: Creed Valley pula merupakan permainan seterusnya untuk siri permainan Figment oleh Bedtime Digital Games. Permainan tekaria ini akan memfokuskan pemain untuk mengembara dan bertempur pelbagai jenis musuh yang mana ia juga menyertakan elemen muzikal. Buat masa ini, masih tiada tarikh pelancaran berkenaannya.

Alba: A Wildlife Adventure

usTwo Games merupakan pembangun untuk permainan terkenal Monument Valley dan Assemble With Care di mana kali ini mereka akan melancarkan permainan seterusnya oleh mereka iaitu Alba: A Wildlife Adventure di mana ia akan dilancarkan di konsol, PC dan juga versi iOS.

Voidtrain

Voidtrain pula merupakan permainan penembak pandang pertama di mana pemain akan mengembara di dalam dunia misteri dengan satu kereta api. Menariknya, permainan ini memfokus dunia misteri yang meluas dan pada masa yang sama pelbagai makhluk mistik.

Permainan ini dibangunkan di PC melalui Steam dan ia akan dilancarkan sekitar tahun ini.

Mechinus

Huey Games hari ini mengumumkan permainan tekaria Mechinus di mana pemain akan mengembara sebagai satu gear. Melaluinya, pemain akan mengembara di dalam dunia mesin tersebut dan menyelesaikan pelbagai jenis tekaria. Buat masa ini, ia disahkan akan tiba di PC.

Maskmaker

Maskmaker pula merupakan permainan realiti-maya oleh MWM Interactive dan InnerspaceVR di mana ia mereka terkenal dengan permainan A Fisherman’s Tale. Maskmaker akan memfokuskan pemain untuk menyelesaikan tekaria yang memfokuskan topeng. Buat masa ini, ia disahkan akan tiba tahun hadapan.

Dreamscaper

Afterburner Studios pula hari ini akhirnya mengumumkan tarikh pelancaran untuk Dreamscaper di mana ia akan tiba bulan hadapan sebagai akses awal melalui Steam. Dreamscaper merupakan permainan pengembaraan yang memfokuskan pemain berada di dunia mimpi dan bertempur dengan pelbagai jenis musuh untuk mengcari semula ingatan watak pemain yang hilang.

Blasphemus: The Stir Of Dawn

The Game Kitchen pula hari ini mengumumkan kemaskini percuma buat Blasphemous yang mana ia akan dilancarkan pada 4 Ogos 2020 ini. Melaluinya, ia akan menyertakan penceritaan baharu, musuh baharu dan juga pelbagai lokasi baharu yang pemain boleh terokai. Kemaskini ini juga akan menyertakan bentuk New Game+ secara bersama.


Jadi berikut adalah keseluruhan pengumuman ketika acara Developer Showcase Day Of The Devs bagi bulan Julai. Bagi anda yang ingin mentonton keseluruhan acara tersebut termasuklah persembahan muzik oleh Kero Kero Bonito dan Baiyon, anda boleh menontonnya di bawah.

Sohor Kini