Skip to main content

Nintendo hari ini mengadakan acara penstriman khas Indie World yang mana mereka memperlihatkan sebilangan permainan-permainan oleh pembangun Indie yang akan tiba di konsol Switch.

Semestinya pengumuman ini dilakukan seakan acara Nintendo Direct dan Nintendo mengumumkan pelbagai permainan yang mana kebanyakan daripadanya adalah permainan yang akan tiba di konsol Switch dahulu secara eksklusif masa sebelum ianya dilancarkan di platform lain.

Berikut adalah keseluruhan senarai permainan yang diumumkan.

Blue Fire

Blue Fire adalah permainan oleh Graffiti Games dan Robi Studios di mana ianya adalah satu permainan aksi pengembaraan. Ketika acara Nintendo Direct, permainan ini disahkan akan dilancarkan di konsol Switch dahulu sebagai permainan eksklusif masa sebelum di platform lain.

Berdasarkan apa yang diperlihatkan, permainan ini kelihatan akan memfokuskan bentuk permainan beraksi 3 dimensi dengan dunia yang gelap dengan pelbagai jenis musuh.

Baldo

Baldo pula merupakan permainan pengembaraan yang pernah kami kongsikan sebelum ini di mana ianya mempunyai visual grafik dan rekaan watak seakan siri klasik anime.

Sebelum ini kami laporkan yang mana permainan ini akan konsol dan PC dan kelihatan bagi versi konsol, ianya juga bakal tiba di konsol Switch dahulu sebagai permainan eksklusif masa sebelum di platform lain. Menurut acara tersebut, ianya bakal tiba suku ketiga tahun ini.

I Am Dead

I Am Dead pula adalah permainan pengembaraaan tekaria yang memfokuskan pemain untuk mengembara di dalam dunia selepas “mati”. Pemain akan bermain sebagai Morris Lupton, iaitu kurator muzium yang telah meinggal dunia di satu kepulauan kecil Shelmerston.

Melalui permainan, pemain kelihatan akan menyelesaikan beberapa tekaria dan misteri penceritaan di samping mempelajari sejarah dan kisah pulau tersebut.

Ketika acara tersebut, Nintendo menyatakan permainan ini akan dilancarkan di konsol Switch dahulu. Namun Annapurna Interactive juga mengesahkan permainan ini akan dilancarkan di PC melalui Steam sekitar tahun ini.

B. Ark

B. Ark adalah permainna penembak yang memfokuskan bentuk koperasi di mana ianya dirancang untuk dilancarkan di konsol Switch sektiar penghujung tahun ini.

Cyanide & Happines Freakpocalyse

Cyanide & Happiness Freakpocalyse merupakan permainan khas berdasarkan siri Cyanide & Happiness. Permainan ini diumumkan akan tiba di konsol Switch dahulu sebelum konsol lain sebagai eksklusif masa dan ianya disahkan juga akan tiba di PC melalui Steam.

Dari segi tarikh pelancaran, ianya dinyatakan akan tiba sekitar suku ketiga tahun ini.

Summer In Mara

Summer in Mara merupakan permainan pengembaraan oleh Chibig Studio di mana pemain akan bermain sebagai Koa dan mengembara di satu kepulauan ketika cuti musim panas. Dengan permainan memfokuskan naratif dan pengembaraan, pemain juga berupaya untuk bercucuk tanam dan menerokai pelbagai mekanik lain melalui pengembaraan Koa.

Menurut Nintendo, permainna ini akan dilancarkan sekitar suku kedua tahun ini sebagai permainan eksklusif masa di konsol Switch sebelum platform lain. Ianya juga disahkan akan tiba di PC melalui Steam.

Quantum League

Selain itu, permainan yang dilaporkan oleh kami sebelum ini iaitu Quantum League juga diumumkan bakal tiba di konsol Switch sekitar tahun ini.

Seperti yang kami laporkan, Quantum League adalah permainan penembak paradoks masa yang mana ianya memfokuskan bentuk pertempuran secara kompetitif antara satu lawan satu ataupun dua lawan dua secara atas-talian. Dengan pengumuman ini, pembangun Nimble Giant Entertainment tampaknya bukan sahaja akan membawa permainan di konsol PlayStation 4, Xbox One dan PC, malah ianya juga akan tiba di Switch.

The Good Life

Selain itu permainan The Good Life oleh SWERY (Hidetaka Suehiro) yang mana beliau terkenal dengan siri Deadly Premonition juga diumumkan akan dilancarkan di konsol Switch. Permainan ini sebelum ini diumumkan ketika acara E3 2019 lepas melalui persidangan Xbox.

The Good Life merupakan permainan pengembaraan yang mana pemain berupaya untuk menukarkan diri kepada kucing ataupun anjing untuk menyelesaikan misteri pembunuhan. Sebelum ini permainan diumumkan bakal tiba di konsol PlayStation 4, Xbox One dan juga PC di mana kini melalui acara persidangan ini, ianya disahkan juga akan tiba di Switch. Namun dari segi tarikh pelancaran ianya hanya dinyatakan bakal tiba sekitar tahun ini.

The Last Campfire

The Last Campfire pula adalah permainan seterusnya yang dibangunkan oleh Hello Games di mana mereka terkenal dengan permainan No Man’s Sky di mana ianya sebelum ini diumumkan ketika acara The Game Awards.

Terkini melalui acara penstriman Indie World, Hello Games mengumumkan secara rasmi yang mana permainan ini turut akan dilancarkan di konsol Switch sekitar suku ketiga tahun ini. Menariknya, permainan ini juga disahkan akan tiba di konsol PlayStation 4, Xbox One dan juga di PC melalui Steam.

PixelJunk Eden 2

PixelJunk Eden 2 merupakan sekuel kepada siri PixelJunk yang dilancarkan sebelum ini di mana ianya kali ini memfokuskan bentuk permainan secara solo dan multi-pemain.

Menurut Nintendo, ianya akan dilancarkan di konsol Switch sekitar suku ketiga tahun ini.

Faeria

Faeira merupakan permainan kad strategi di mana sebelum ini ianya telah pun dilancakran di PC dan kini ketika acara Indie World ini, Versus Evil dan Abrakam mengumumkan yang ianya juga akan tiba di konsol Switch sekitar bulan ini.

Eldest Souls

Eldest Souls merupakan permainan aksi pengembaraan yang mempunyai beberapa elemen tahap kesukaran seperti Dark Souls dan Bloodborne ataupun lebih dikenali Soulsborne yang mana ianya mempunyai visual pixel.

Menurut Nintendo, permainan ini akan dilancarkan di konsol Switch sebagai eksklusif masa sebelum plaform lain sekitar suku ketiga tahun ini.

Exit The Gungeon

Ketika acara penstriman Indie World, Nintendo juga umum permainan Exit The Gungeon kini dilancarkan secara rasmi di konsol Switch yang mana ianya kini boleh dibeli secara digital melalui Nintendo eShop.

Seperti yang kami laporkan sebelum ini, permainan ini sebelum ini telah pun dilancarkan di Apple Arcade yang mana ianya kemudian juga dilancarkan di PC melalui Steam.

Permainan Lain-Lain

Ketika acara Indie World ini, Nintendo juga umum pelbagai lagi permainan yang bakal tiba di konsol Switch sekitar tahun ini yang mana antaranya adalah:

  • Sky Racket (Dilancarkan hari ini)
  • Sky (Bakal tiba sekitar suku ketiga tahun ini)
  • Ghost Of A Tale (Bakal tiba sekitar suku kedua tahun ini)
  • Blair Witch (Bakal tiba sekitar suku ketiga tahun ini)
  • Bounty Battle (Bakal tiba sekitar suku ketiga tahun ini)
  • Dicey Dungeons (Bakal tiba sekitar tahun ini)
  • Wingspan (Bakal tiba sekitar suku kedua tahun ini)
  • Superlinminal (Bakal tiba sekitar suku ketiga tahun ini)
  • Moving Out (Bakal tiba 28 April 2020)

Bagi anda yang ingin menonton keseluruhan pengumuman tersebut anda boleh menontonnya melalui video di bawah.

Leave a Reply