Hi-Rez Studios iaitu pembangun permainan terkenal dengan siri Paladins dan SMITE hari ini akhirnya melancarkan permainan seterusnya oleh mereka iaitu Rogue Company.

Namun, buat masa ini, permainan ini dilancarkan secara beta tertutup di mana pemain perlu membeli permainan tersebut dengan 3 edisi yang disertakan iaitu:

  • Starter Founder’s Pack
    • Akses awal permainan Rogue Company sebelum ia percuma kelak.
    • Kostum “Rare” Speed Demon Ronin
    • Balut “Epic” Senjata Solar Flare
    • Emote “Epic” tarian Superstar
    • Sembur “Rare” Founder
    • Dua watak Rogue, Phantom dan Chaac
  • Standard Founder’s Pack
    • Akses awal permainan Rogue Company sebelum ia percuma kelak.
    • Kostum “Rare” Speed Demon Ronin
    • Balut “Epic” Senjata Solar Flare
    • Emote “Epic” tarian Superstar
    • Sembur “Rare” Founder
    • Kostum “Rare” Exterminatin Chaac
    • Lapan watak Rogue, Phantom, Chaac, Lancer, Vy, Scorch, Talon, Gl1tch dan Dahlia
  • Ultimate Founder’s Pack
    • Akses awal permainan Rogue Company sebelum ia percuma kelak.
    • Kostum “Rare” Speed Demon Ronin
    • Balut “Epic” Senjata Solar Flare
    • Emote “Epic” tarian Superstar
    • Sembur “Rare” Founder
    • Kostum “Rare” Exterminatin Chaac
    • Kostum “Epic” Night RUnner Lancer
    • Sembur “Rare” Chalked
    • Emote “Epic” tarian Leg Day
    • 1500 Rogue Bucks
    • Lapan watak Rogue, Phantom, Chaac, Lancer, Vy, Scorch, Talon, Gl1tch dan Dahlia

Seperti yang kami senaraikan di atas, ketiga-tiga versi tersebut menyertakan beberapa kandungan tambahan seperti kostum dan sebagainya yang pemain boleh beli di konsol PlayStation 4, Xbox One, Switch dan PC melalui Epic Games Store.

Seperti yang kami laporkan sebelum ini, Rogue Company adalah permainan penembak pandangan ketiga di mana ia memfokuskan 4 pemain di dalam satu pasukan untuk bertempur dengan pasukan lain dengan pelbagai jenis watak dengan kemahiran dan senjata berbeza.

Ia dirancang untuk dilancarkan secara percuma kelak, namun melalui akses beta tertutup ini, ia memberi pelbagai ganjaran buat pemain yang membelinya di samping memberi pemain peluang untuk membantu pembangun menaik-taraf permainan ini sebelum ia dilancarkan kelak.

Bagi anda yang berminat, ia boleh dibeli bermula hari ini di konsol dan PC.

Leave a Reply