Semestinya gelagat Josef Fares ketika acara The Game Awards beberapa tahun lepas membuahkan ramai tertarik dan berminat dengan permainan kedua oleh beliau iaitu A Way Out yang dilancarkan 2018 lepas di mana ia telah terjual melebihi 2 juta salinan.

Terkini, dengan acara EAPlay yang akan berlangsung awal pagi Jumaat ini, Josef Fares menyatakan yang mana mereka akan mengacah dan mengumumkan permainan baharu ketika acara tersebut.

Semestinya bagi anda yang pernah bermain A Way Out, ia adalah satu permainan yang begitu unik dengan bentuk permainan koperasi yang sangat unik. Kami percaya permainan seterusnya oleh beliau juga mungkin akan memfokuskan bentuk permainan secara koperasi.

Seperti biasa, akan kami kongsi dan laporkan segala pengumuman kelak menjelang Jumaat ini.

Sohor Kini