Menjadi kebiasaan semasa E3, EA akan mempunyai acara mereka sendiri iaitu EA Play di mana mereka akan menyertakan pelbagai aktiviti serta pengumuman mengenai permainan akan datang dari mereka. Dengan pembatalan E3, EA mengumumkan mereka akan terus mengajurkan EA Play tetapi secara digital iaitu EA Play Live.

Hari ini, EA mengumumkan EA Play Live tersebut akan berlangsung 7 pagi, 12 Jun 2020, di mana mereka menjanjikan pelbagai maklumat termasuk juga permainan baharu.

Selain EA, penerbit seperti Microsoft dan Square Enix juga sebelum ini mengesahkan mereka akan menganjurkan acara digital selepas pembatalan E3.

Sohor Kini