Kemaskini 2 April 2020: Menurut laporan Kakuchopurei, kenyataan pembatalan oleh MDEC berkenaan acara Level UP KL 2020 semalam hanyalah satu jenaka April Fools sahaja di mana hari ini mereka menyatakan acara tersebut masih lagi akan diteruskan menjelang Oktober ini secara digital.

Menurut laporan, acara tersebut akan memfokuskan bentuk persidangan secara atas-talian dan segala seminar akan dimuat-naik melalui video. Menurut Hasnul Hadi Samsudin iaitu naib-president MDEC, perancangan untuk acara tersebut telah pun bermula yang mana informasi lanjut berkenaannya akan diumumkan kelak.

Semestinya ini adalah satu nafas lega buat mereka yang menanti acara Level UP KL ini dan kami di Aksiz akan cuba mengemaskini informasi lanjut kelak.

Artikel Asal: Melalui kenyataan Facebook rasmi Level UP KL, MDEC hari ini mengumumkan yang mana mereka akan membatalkan acara Level Up KL 2020. Semestinya pembatalan acara ini adalah disebabkan wabak pandemik Covid-19 yang sedang tular sekarang dan MDEC tidak ingin mengambil risiko atas sebab tersebut.

Sebelum ini, kami juga sering melaporkan pelbagai acara dan pengumuman ketika Level UP KL tahun-tahun lepas yang mana anda boleh melihatnya di pautan ini.

Semestinya salah satu acara kesukaan kami adalah anugerah SEA Game dan juga Level Up KL Play, yang mana ianya merupakan acara permainan video seakan E3 dan Tokyo Game Show yang mula diperkenalkan pada tahun lepas buat awam.

Walaupun acara tersebut sering diadakan pada bulan Oktober atau November, kami di Aksiz berasa ini adalah tindakan yang betul oleh pihak MDEC atas sebab pandemik tersebut dan kami percaya mereka pasti akan kembali dengan gahnya pada tahun hadapan.

Sohor Kini